mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2025 : PELAJAR CELIK IT – NUR ATIRAH AFIQAH BINTI MOHD RAHMAT

PELAJAR CELIK IT 

Nama: Nur Atirah Afiqah Binti Mohd Rahmat
Umur: 8 tahun
Ahli: 22 Mac 2025

Latar belakang

Adik Athirah yang berumur 8 tahun merupakan Ahli NADI Kg Layout yang telah mendaftar sebagai ahli pada 22 Mac 2025.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau merupakan pelajar berumur 8 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli NADI Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan computer untuk kegunaan harian beliau dan juga untuk pembelajaran beliau.

Selain itu juga, beliau juga menyertai kebanyakkan kuiz terbuka yang dianjurkan oleh pihak NADI kerana pembelajaran yang menarik dan tempat yang kondusif sepanjang pembelajaran bersama NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Adik Athirah datang belajar di NADI Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran dalam menggunakan internet. Dari segi pembelajaran pula, beliau mendapat banyak ilmu pembelajaran secara percuma yang disediakan oleh pihak NADI. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk belajar kerana aktiviti pembelajaran secara online yang menarik sepanjang beliau belajar. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke NADI Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang.