PELAJAR CELIK IT
| Nama | : Muhammad Bukhari Mustakim Bin R Azmi |
| Umur | : 8 tahun |
| Ahli | : 11 November 2023 |
Latar belakang
Adik Mustakim yang berumur 8 tahun merupakan Ahli NADI Kg Layout yang telah mendaftar sebagai ahli pada 19 Februari 2022..
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau merupakan pelajar berumur 8 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli NADI Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan computer untuk kegunaan harian beliau dan juga untuk pembelajaran beliau.
Selain itu juga, beliau juga menyertai kebanyakkan kuiz terbuka yang dianjurkan oleh pihak NADI kerana pembelajaran yang menarik dan tempat yang kondusif sepanjang pembelajaran bersama NADI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah Adik Mustakim datang belajar di NADI Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran dalam menggunakan internet. Dari segi pembelajaran pula, beliau mendapat banyak ilmu pembelajaran secara percuma yang disediakan oleh pihak NADI. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk belajar kerana aktiviti pembelajaran secara online yang menarik sepanjang beliau belajar. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke NADI Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang.



