mcmc
Keusahawanan

Q2 2024 : KEUSAHAWANAN – ROSNITA BINTI ABDUL RASHID

USAHAWAN PRODUK MAKANAN 

Nama: Rosnita Binti Abdul Rashid
Umur: 38 tahun
Ahli: 07 Mei 2024

Latar belakang

Puan Rosnita seorang usahawan produk makanan iaitu keropok kering yang merupakan ahli NADI Kg Layout berusia 38 tahun. Beliau mula berminat untuk mengikuti kelas di NADI setelah mengikut seorang rakannya yang juga ahli NADI Kg Layout.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau merupakan usahawan berumur 38 Tahun yang bersemangat kental untuk mengubah nasib diri dan Berjaya. Beliau hanya ada sedikit kemahiran asas tentang platform online. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam perniagaan di atas talian. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar tentang shopee dengan mendaftar sebagai Ahli NADI Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menjual didalam Shopee dengan lebih terperinci. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam memajukan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Puan Rosnita datang belajar di NADI Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan platform jualan di atas talian dan kemahiran dalam menggunakan platform tersebut. Dari segi perniagaan pula, beliau mendapat banyak ilmu perniagaan secara percuma yang disediakan oleh pihak NADI. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk berniaga kerana berniaga secara online dapat menjana pendapatan yang lebih memberangsangkan. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke NADI Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang.