mcmc
Keusahawanan

Q1 2025 : KEUSAHAWANAN – AZILAWATI BINTI MAT AZMI

USAHAWAN PRODUK MAKANAN 

Nama: Azilawati Binti Mat Azmi
Umur: 32 tahun
Ahli: 21 Mac 2025

Latar belakang

Puan Ella seorang usahawan produk makanan iaitu menjual ayam goreng dan lauk pagi untuk diletakkan di gerai makanan. Beliau berusia 32 tahun, dan telah menjadi Ahli NADI pada tahun 2025. Beliau mula berminat untuk mengikuti kelas di NADI setelah didorong oleh adiknya yang juga ahli NADI Kg Layout.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau merupakan usahawan berumur 32 Tahun yang bersemangat kental untuk mengubah nasib diri dan Berjaya. Beliau hanya ada sedikit kemahiran asas tentang platform online. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam perniagaan di atas talian. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar tentang tiktok dengan mendaftar sebagai Ahli NADI Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menjual didalam tiktok dengan lebih terperinci. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam memajukan perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Puan Ella datang belajar di NADI Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan platform jualan di atas talian dan kemahiran dalam menggunakan platform tersebut. Dari segi perniagaan pula, beliau mendapat banyak ilmu perniagaan secara percuma yang disediakan oleh pihak NADI. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk berniaga kerana berniaga secara online dapat menjana pendapatan yang lebih memberangsangkan. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke NADI Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang.