LAPORAN SEPTEMBER 2025 : WEBINAR CYBERSECURITY ANCAMAN SIBER KEPADA USAHAWAN
22 September 2025
Tarikh
: 18 September 2025
Masa
: 3.30 petang – 4.30 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 3 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-CYBERSECURITY yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat untuk memahami dan melindungi identiti digital mereka daripada ancaman dalam talian.
Aktiviti
Peserta menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-CYBERSECURITY. Peserta mendengar webinar dengan baik dan diberi penerangan yang lebih jelas tentang risiko dan ancaman siber yang boleh menjejaskan operasi perniagaan. Peserta juga diberi pendedahan kepada langkah pencegahan dan tindak balas terhadap serangan siber seperti phishing, malware dan data breach. Peserta juga dibantu untuk mengenal pasti kelemahan sistem digital dalam perniagaan mereka dan mempromosi amalan keselamatan siber dalam kalangan ushawan PKS dan mikro.