Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-Nurture Dilea yang akan disertai oleh pelajar secara atas talian. Menyediakan bimbingan akademik percuma kepada pelajar sekolah menengah khususnya Tingkatan 4 dan 5 dalam empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-Nurture Dilea iaitu Webinar Berkala Matematik secara atas talian. Pelajar diajar cara dan teknik menjawab soalan Matematik bersama tenaga pengajar. Pelajar juga diterangkan dengan bagaimana untuk memahami subjek Matematik.