Memberi pengenalan kepada peserta tentang Program Tiny Techies yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat memahami dalam bidang teknologi dan sains komputer serta memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang komponen elektronik dan asas pengaturcaraan.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diperkenalkan dengan Kit Tiny Techies sebagai alat dan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Pelajar diberi penerangan awal iaitu Kit Tiny Techies mengandungi microcontroller, LED, buzzer, kabel penyambung, servo motor dan sensor halangan. Pelajar begitu teruja ingin mengetahui setiap fungsi komponen dan cara penyambungan komponen asas kepada komputer.