LAPORAN MEI 2025 : WEBINAR NADI X KIDVENTURE (USAHAWAN CILIK)
14 May 2025
Tarikh
: 10 Mei 2025
Masa
: 10.00 pagi – 11.30 pagi
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 2 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-Keusahawanan yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat bagi menyertai kelas usahawan cilik di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-Keusahawan iaitu Program Usahawan Cilik secara atas talian. Pelajar dilatih secara atas talian untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan usia remaja. Pelajar juga diberi dorongan bagi yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Pelajar sangat teruja dan seronok dengan program usahawan cilik yang dijalankan secara atas talian.