LAPORAN MEI 2025 : WEBINAR NADI X CYBERSECURITY (MANIPULASI SIBER)
23 May 2025
Tarikh
: 17 Mei 2025
Masa
: 2.00 petang – 3.30 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 5 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-CYBERSECURITY yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat untuk memahami asas rangkaian komputer, struktur rangkaian serta aplikasinya dalam keselamatan siber.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-CYBERSECURITY. Pelajar mendengar webinar dengan baik dan diterangkan dengan manipulasi siber iaitu menipu pengguna, memanipulasi persepsi atau kepercayaan, mendapatkan akses tanpa kebenaran dan menyebabkan kerosakan. Pelajar juga ditekankan dengan langkah pencegahan manipulasi siber dimana pengguna perlu dididik tentang taktik manipulasi dan cara mengenal pasti cubaan manipulasi.