Memberi pengenalan kepada peserta tentang Program Tiny Techies yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat memahami dalam bidang teknologi dan sains komputer.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang Bengkel Tiny Techies. Pelajar mendengar webinar dengan baik dan mengetahui bahasa khas yang digunakan untuk bercakap dengan pengkalan data dimana SQL digunakan untuk menyimpan, mencari, mengubah atau membuang maklumat yang disimpan di dalam sistem komputer. Pelajar juga diterangkan dengan kepentingan belajar SQL dimana ia digunakan oleh syarikat – syarikat yang besar seperti Google, Facebook, Shopee dan lain-lain.