LAPORAN MAC 2026 : WEBINAR CYBERSECURITY 2026 (CARA GUNAKAN WIFI AWAM DENGAN SELAMAT)
18 March 2026
Tarikh
: 12 Mac 2026
Masa
: 2.00 petang – 3.00 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 4 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-CYBERSECURITY yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat untuk memahami dan melindungi identiti digital mereka daripada ancaman dalam talian.
Aktiviti
Peserta menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-CYBERSECURITY. Peserta mendengar webinar dengan baik dan diberi kesedaran serta pengetahuan mengenai risiko penggunaan WiFi awam serta memberi pendedahan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melayari internet. Peserta juga dinasihatkan agar lebih berwaspada terhadap ancaman siber seperti kecurian data dan serangan phishing, di samping menggalakkan amalan penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.