LAPORAN MAC 2026 : WEBINAR CYBERSECURITY 2026 (BAHAYA SERANGAN MALWARE)
6 March 2026
Tarikh
: 05 Mac 2026
Masa
: 2.00 petang – 3.00 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 4 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-CYBERSECURITY yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat untuk memahami dan melindungi identiti digital mereka daripada ancaman dalam talian.
Aktiviti
Peserta menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-CYBERSECURITY. Peserta mendengar webinar dengan baik dan diberi kesedaran serta pengetahuan tentang bahaya serangan malware dan kesannya terhadap keselamatan peranti serta data peribadi. Peserta juga didedahkan dengan jenis-jenis malware seperti virus, trojan, spyware dan ransomware serta bagaimana serangan ini boleh berlaku melalui pautan mencurigakan, muat turun fail tidak selamat atau laman web yang tidak dipercayai.