Memberi pengenalan kepada peserta tentang Program Tiny Techies yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat memahami dalam bidang teknologi dan sains komputer.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang Bengkel Tiny Techies. Pelajar mendengar webinar dengan baik dan mengetahui asas dunia teknologi seperti pengaturcaraan, reka bentuk digital. Pelajar juga didedahkan dengan kerjaya teknologi dan menggalakkan mereka meneroka lebih lanjut dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)