LAPORAN JANUARI 2026 : ESUKAN – REALITI DUNIA ESUKAN
28 January 2026
Tarikh
: 23 Januari 2026
Masa
: 10.00 pagi – 11.30 pagi
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 3
Tujuan
Memberi pengenalan dan pendedahan kepada komuniti setempat tentang NADI dan menggalakkan mereka menyertai program esport secara percuma dan program-program dibawah NADI serta menjadi ahli NADI.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi pendedahan tentang realiti sebenar dunia e-sukan yang merangkumi peluang, cabaran serta tanggungjawab dalam penglibatan industri tersebut. Pelajar juga diberi penerangan bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, malah berpotensi menjadi satu bidang kerjaya yang memerlukan disiplin, kemahiran, dan perancangan yang sistematik. Program ini juga berhasrat membentuk sikap penggunaan teknologi secara berhemah agar peserta mampu mengimbangi aspek akademik, sosial dan kesihatan dalam kehidupan seharian.