LAPORAN FEBRUARI 2026 : WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT – DUNIA DIGITAL, TANGGUNGJAWAB KITA
7 February 2026
Tarikh
: 07 Februari 2026
Masa
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 5 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-KEMPEN INTERNET SELAMAT yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat untuk mengetahui langkah ke arah internet yang selamat.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi pendedahan tentang kepentingan keselamatan internet. Pelajar juga diterangkan dengan etika penggunaan media sosial dan diberi kesedaran tentang bahaya jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan buli siber. Pelajar turut digalakkan menggunakan teknologi digital secara berhemah dan bertanggungjawab.