LAPORAN FEBRUARI 2026 : MAHIR BAIKI GAJET INTAKE 3 MODUL 4 – PERALATAN DIAGNOSE & TEORI ANDROID
6 February 2026
Tarikh
: 03 Februari 2026
Masa
: 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 1 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang NADI MAHIR yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat dalam teknologi sambil mengasah bakat peserta bermula di usia muda mahu pun dewasa dan berusia.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat dan menyertai webinar NADI MAHIR iaitu NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat secara atas talian. Peserta diberi pendedahan awal dan kefahaman mengenai teori asas sistem operasi Android serta fungsi peralatan diagnose yang digunakan dalam penyelenggaraan peranti mudah alih, di samping melatih peserta mengenal pasti masalah teknikal yang lazim berlaku pada peranti Android seperti isu prestasi, bateri dan perkakasan. Peserta juga didedahkan kepada penggunaan aplikasi dan peralatan diagnose secara praktikal bagi meningkatkan kemahiran analisis serta keupayaan menyelesaikan masalah secara kendiri, sekali gus dapat memupuk minat terhadap bidang teknologi gajet dan meningkatkan tahap literasi digital dalam kalangan komuniti NADI.