Laporan Disember 2024 : Program Khas NADI-Nurture Dilea Chapter 1 (NoteMaster Pro)
6 January 2025
Tarikh
: 07 Disember 2024
Masa
: 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 3 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-Nurture Dilea yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat untuk mengusai kemahiran pembelajaran yang berkesan.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-Nurture Dilea Chapter 1 iaitu Nota NoteMaster Pro secara atas talian. Pelajar dimaklumkan secara detail tentang kaedah memahami konsep Nota Capture dan Nota Creation. Pelajar diajar cara untuk mengenali konsep isi penting dan kata kunci serta cara untuk menguasai teknik nota outline, peta konsep dan flash card.