LAPORAN FEBRUARI 2026 : WEBINAR KEUSAHAWANAN 2026 (PEMASARAN)
6 February 2026
Tarikh
: 05 Februari 2026
Masa
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 2 orang
Tujuan
Memberi pengenalan dan pendedahan kepada semua usahawan dan bakal usahawan mikro dan kecil di Malaysia menguasai kemahiran pemasaran digital tentang asas perniagaan, asas kewangan, asas pemasaran digital serta operasi perniagaan .
Aktiviti
Peserta menyertai webinar pemasaran dan diberi pengetahuan asas tentang pemasaran. Peserta peserta didedahkan kepada teknik mengenal pasti sasaran pelanggan, membina penjenamaan produk atau perkhidmatan, serta penggunaan platform media sosial dan saluran digital sebagai medium promosi yang mampu meningkatkan daya saing perniagaan. Peserta juga dapat meningkatkan keyakinan dalam merancang dan melaksanakan strategi pemasaran secara sistematik, menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam menarik pelanggan, serta menyokong usaha melahirkan usahawan yang berdaya tahan dan mampan selaras dengan keperluan pasaran semasa.