USAHAWAN PRODUK MAKANAN
| Nama | : Nor Yantie Binti Ab Aziz |
| Umur | : 35 tahun |
| Ahli | : 23 Mac 2025 |
Latar belakang
Kak Yantie yang berumur 35 tahun merupakan Ahli NADI Kg Layout yang telah mendaftar sebagai ahli pada 23 Mac 2023.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau merupakan usahawan berumur 35 Tahun yang bersemangat kental untuk mengubah nasib diri dan Berjaya. Beliau hanya ada sedikit kemahiran asas tentang platform online. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam perniagaan di atas talian. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar tentang tiktok dengan mendaftar sebagai Ahli NADI Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menjual didalam tiktok dengan lebih terperinci. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam memajukan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
SetelahKak Yantie datang belajar di NADI Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan platform jualan di atas talian dan kemahiran dalam menggunakan platform tersebut. Dari segi perniagaan pula, beliau mendapat banyak ilmu perniagaan secara percuma yang disediakan oleh pihak NADI. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk berniaga kerana berniaga secara online dapat menjana pendapatan yang lebih memberangsangkan. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke NADI Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang.



