mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2024 : PELAJAR CELIK IT – AHMAD AFIQ BIN AZHAR

PELAJAR CELIK IT 

NamaAhmad Afiq Bin Azhar
Umur: 11 tahun
Ahli: 15 Februari 2022

Latar belakang

Adik Afiq yang berumur 11 tahun merupakan Ahli NADI Kg Layout yang telah mendaftar sebagai ahli pada 15 Februari 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau merupakan pelajar berumur 11 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli NADI Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan computer untuk kegunaan harian beliau dan juga untuk pembelajaran beliau.

Selain itu juga, beliau juga menyertai kebanyakkan kuiz terbuka yang dianjurkan oleh pihak NADI kerana pembelajaran yang menarik dan tempat yang kondusif sepanjang pembelajaran bersama NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah Adik Afiq datang belajar di NADI Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran dalam menggunakan internet. Dari segi pembelajaran pula, beliau mendapat banyak ilmu pembelajaran secara percuma yang disediakan oleh pihak NADI. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk belajar kerana aktiviti pembelajaran secara online yang menarik sepanjang beliau belajar. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke NADI Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang.