PELAJAR CELIK IT
| Nama | : Muhammad Azhar Hakimi Bin Aliyah |
| Umur | : 12 tahun |
| Ahli | : 11 November 2023 |
Latar belakang
Adik Hakimi yang berumur 12 tahun merupakan Ahli PEDi Kg Layout yang telah mendaftar sebagai ahli pada 11 November 2023.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau merupakan pelajar berumur 12 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan computer untuk kegunaan harian beliau dan juga untuk pembelajaran beliau.
Selain itu juga, beliau juga menyertai kebanyakkan kuiz terbuka yang dianjurkan oleh pihak PEDi kerana pembelajaran yang menarik dan tempat yang kondusif sepanjang pembelajaran bersama PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah Adik Hakimi datang belajar di PEDi Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran dalam menggunakan internet. Dari segi pembelajaran pula, beliau mendapat banyak ilmu pembelajaran secara percuma yang disediakan oleh pihak PEDi. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk belajar kerana aktiviti pembelajaran secara online yang menarik sepanjang beliau belajar. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke PEDi Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang



