LAPORAN OGOS 2025 : RAKAMAN WEBINAR BENGKEL TINY TECHIES HTML (SEK MENENGAH)
26 August 2025
Tarikh
: 19 Ogos 2025
Masa
: 3.30 petang – 5.00 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 2 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang Program Tiny Techies yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat memahami dalam bidang teknologi dan sains komputer serta memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang komponen elektronik dan asas pengaturcaraan.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi pendedahan asas tentang penggunaan HTML dalam pembangunan laman web. Pelajar juga diasah dengan menunjukkan aplikasi yang digunakan bagi meningkatkan kemahiran ICT dan pemikiran logik dikalangan para pelajar. Pelajar diajar secara praktikal cara membina laman web asas HTML dan juga cara memasukkan gambar.