mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JUN 2025 : WEBINAR OPEN LIVE CLASS DILEA (SEJARAH)

Tujuan 
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-Nurture Dilea yang akan disertai oleh pelajar secara atas talian. Menyediakan bimbingan akademik percuma kepada pelajar sekolah menengah khususnya Tingkatan 4 dan 5 dalam empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
Aktiviti 
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-Nurture Dilea secara atas talian. Pelajar diberikan akses kepada pelbagai bahan pembelajaran seperti nota, video dan kuiz interaktif melalui platform Dilea yang direka untuk meningkatkan literasi digital dalam pendidikan. Setiap sesi kelas dijalankan secara langsung melalui platform dalam talian seperti Google Meet bagi membolehkan interaksi dua hala antara pelajar dengan guru. Pengajaran disampaikan oleh guru-guru berpengalaman yang pakar dalam subjek masing-masing seperti Cikgu Raja Isman (Sejarah).

GAMBAR DISINI