LAPORAN MEI 2025 : WEBINAR BERKALA BAHASA MELAYU (EDISI 2)
30 May 2025
Tarikh
: 24 Mei 2025
Masa
: 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 2 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-Nurture Dilea yang akan disertai oleh peserta secara atas talian serta meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-Nurture Dilea iaitu Webinar Berkala Bahasa Melayu secara atas talian. Pelajar diajar bagaimana menulis esei, latihan pemahaman teks dan latihan bertutur. Pelajar juga diberi latihan tatabahasa dan dilatih dalam penggunaan tatabahasa yang betul seperti penggunaan tanda baca serta pembentukan ayat yang betul.