Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-Safe yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat untuk mengetahui langkah ke arah internet yang selamat.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-Safe. Pelajar mendengar webinar dengan baik dan diajar tentang cara melayari internet dengan selamat dan bertanggungjawab. Pelajar juga diajar cara untuk mengenal pasti ancaman siber seperti penipuan dalam talian, buli siber dan maklumat palsu. Pelajar juga ditekankan dengan nilai seperti empati, keselamatan digital dan etika dalam talian.