LAPORAN MAC 2025 : KELAS KOHORT MAC TINGKATAN 4/2025 (BAHASA MELAYU)
17 March 2025
Tarikh
: 10 Mac 2025
Masa
: 3.30 petang – 4.30 petang
Lokasi
: NADI Kg Layout
Peserta
: 2 orang
Tujuan
Memberi pengenalan kepada peserta tentang program khas NADI-Nurture Dilea yang akan disertai oleh peserta secara atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat untuk mengusai kemahiran pembelajaran yang berkesan.
Aktiviti
Pelajar menyertai webinar dan diberi taklimat tentang program khas NADI-Nurture Dilea iaitu Kohort Tingkatan 4 secara atas talian. Pelajar diberi tips dan cara untuk menghasilkan karangan huraian yang terbaik. Bagi menghasilkan karangan huraian yang cemerlang, pelajar perlu memahami tajuk, merancang karangan atau merangka karangan terlebih dahulu supaya idea tersusun dengan baik.